SULTAN MIRZA

PERJALANAN MENCARI CINTA SEJATI

Followers

Sunday, December 19, 2010

KERANA KAU SNTIASA DI SISI

Apabila kau ingin berteman, jgnlah krn kelebihannya, krn mgkin dgn satu kelemahan, kau akan menjauhinya... Andai kau ingin berteman, jgnlah krn kebaikannya, krn mgkin dgn satu keburukan, kau akan membencinya... Andai kau inginkan sahabat yg satu, jgnlah krn ilmunya, krn apabila dia buntu,kau mgkin akan menfitnahnya...Andai kau inginkan seorg teman, jgnlah krn sifat cerianya, krn andai dia tidak pndai menceriakan, kau mgkin akan menyalahkannya... Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, krn dia seorg shabat, yg hanya manusia biasa... Jgn diharapkan sempurna, krn kau jg tidak sempurna, tiada sesiapa yg sempurna... Tapi bersahabatlah krn ALLAH

TEMAN...Krn kau sntiasa di sisi
TEMAN...Krn kau sntiasa di sini
TEMAN...Krn kau sntiasa di hati
Tapi adakalanya kau pergi menghilang bgai bayu pergi berderu-deru...
Tinggalkan aku sepi kedinginan... membeku...

 TEMAN, hadirnya kau adalah peneman
KAWAN, adanya kau di waktu susah dan senang
SAHABAT, wujudnya kau sbgai benteng yg kukuh, ampuh lg hebat
Seraya aku brkata... janjilah pd aku, yg kamu kan sentiasa bersama aku...
Tapi aku tiada kuasa menghalang perpisahan itu... di luar kawalanku...
Kau kan sentiasa kuiringi brsama senyuman menguntum mewangi...
Melambai-lambai kau dari kejauhan

 Kini aku menghitung mereka yg mnjadi peneman di waktu hingusan dulu..
Tatkala sahabat2 ku itu satu-persatu pergi tggalkan aku... masih ada yg melambai-lambai
Penuh mesra menghulur salam. Mengucap bicara perkenalan
Hati memekar indah bersama tgn yg menghulur mesra
Patah kata diucap santun budi mengiringi bicara
Alangkah mesra mereka...
Tiada aku ragu utk mereka wujud dlm kekosongan jiwa meronta-ronta

Kini kau bergelar sahabat... Bukan kawan bukan teman... Anehnya kau hadir dlm pantas kelipan mata
Seaneh kau wujud di kalangan mereka yg serba asing lagi
Tidak aku ketahui...
Mgkin aku yg sengaja mengasingkan diri. Menolak segala penerimaan dan salam perkenalan
Adakah aku yg mmbiarkan diriku begitu?

Sahabat, kini kau sebahagian dari aku...
Kau kini mendiami satu sudut di hati brsama mereka lain yg aku sayangi
Selamat dtg utkmu..
Walau kutahu, putaran hidup akan sntiasa berlaku tatkala tiba masanya
Namun aku tahu, kita pernah bersua dlm satu lingkungan yg bernama sahabat
Kan aku simpan menjadi cendera jiwa tersemat buat selamanya... 

0 comments: