SULTAN MIRZA

PERJALANAN MENCARI CINTA SEJATI

Followers

Saturday, February 19, 2011

MENAHAN AMARAH

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untk org2 yang menafkahkan ( hartanya ), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan org2 yang menahan amarahnya serta memaafkan ( kesalahan ) org. Allah menyukai org2 yang berbuaT kebajikan. " (Ali Imran: 133-134 )


Amarah merupakan tabiat manusia yang sukar utk dikendalikan. Dan,ALLAH mnjdikan org yg mampu utk menahan amarahnya sbg salah satu ciri org yang bertaqwa. Di samping itu, ALLAH akan memberikan pahala kpd org yang menahan amarahnya lalu memaafkan mereka yang menyakitinya. ALLAH berfirman, " Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan ) ALLAH. Ssungguhnya Dia tidak menyukai org2 yg zalim." (Asy- syura:40 )


Abu Hurairah meriwatkan bahawa pd suatu hari, seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW. Ia berkata kpd baginda, Ya Rasulullah ! Nasihatilah saya! Sabdanya, "Janganlah engkau marah." Lalu baginda ulangkan bebrapa kali, dan sabdanya, " Jangan engkau marah." (HR Bukhari)


Penekanan Rasulullah SAW di atas menunjukkan betapa pentingnya menahan amarah. Krn ia adalah penyebab terjadinya pertikaian, perpecahan, dan permusuhan. Dan bila ini terjd, maka akan membawa impak negatif kpd umat islam. Oleh itu pula ,islam tdk membenarkan seorg muslim utk saling bertikai dan saling berpaling satu sama lain melebihi tiga hari.


Sahabat Abu Bakar ra pernah mendapat teguran dari ALLAH SWT krn kemarahan yg dilakukannya dgn bersumpah utk tidak memberi apa2 kpd kerabatnya ataupun org lain yg terlibat dlm menyiarkan berita bohong tentang diri AISYAH. ALLAH berfirman, " Dan jgnlah org2 yg mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi ( bantuan ) kpd kaum kerabatnya.


Betapa indahnya dunia ini, jika setiap org berusaha menahan amarahnya. Pertikaian, kerusuhan, permusuhan di mana2 tidak akan terjadi. Krn kejahtan yg dibalas dgn kejahatan tidaklah memberikan penyelesaian, namun menambahkan persoalan dan memanjangkan perselisihan..

0 comments: