SULTAN MIRZA

PERJALANAN MENCARI CINTA SEJATI

Followers

Thursday, December 16, 2010

GEMBIRA

Hidup utk enjoy...
Bergembira? benarkah apa yg aku dgar ini?
Enjoy selagi terdaya?
Dah tua tak berguna lagi?
Kunolah kiranya klu xfaham falsafah itu? soalan aper tu?

Dulu aku melihat mereka yg menadah-nadah tgn. aku ikuti setiap jejak mereka itu.
Kurakam setiap gerak geri mereka. Kulihat setiap inci hidup mereka.
Tapi aku sangsi... Dimanakah letaknya kegembiraan hidup mereka. Tiap hari hanya meminta simpati. 
Kelihatan bagai tiada langsung erti gembira dlm hidup mereka.
Hnya terkais-kais selagi terdaya...


Lalu ku melihat pula dia yg terdiam membisu jauh merenung.
Diam seribu bahasa..
Lalu ku sapa..Namun dia terus membisu seribu bicara.
Mengapa agaknya dia sesepi angin?
Ringkas jawapannya.
Dari itu aku mengerti..Hidupnya kosong tanpa suri di isi..Pergi buat selamanya.
Tiada makna gembira dlm kamus hidupnya kini. Krn tiada siapa utknya berkongsi rasa itu...


Lantas aku menyapa anak muda itu segan memandang hanya menunduk rasa penuh keseganan..
Mengapa dia melakukannya? Dia seharusnya spt yg lain sebaya dgnnya..
'Pengorbananku hanya utk keluargaku'. Padat erti jwpn itu.
Dia rela berkorban demi kesenangan yg lain..
Bergembira jauh sekali baginya. Mlah dia tdk tahu erti gembira dalam hidupnya..Tiba2 aku menunduk keseganan...Kagum pd semangat itu..


Langsung aku ke situ.. Tak tahu mengapa gerak-geri hati membawa aku ke sini.
Lalu terpana aku pd sepasang bebola mata yg jernih pancarannya..
Mesra menyambut salam bersama sekuntum senyuman..
Tapi air matanya tidak henti bercucuran..'Hidup ini betul-betul singkat'.
Tersentak aku mendengarnya.
Aku sebak..Aku insaf tentang hidup ini..
Lalu aku fikirkan lagi.. Apakah perlu soal gembira dibangkitkan saat hidupnya menagih nywa dari-NYA?


Masih bolehkah diterima istilah 
'HIDUP UTK BERGEMBIRA'?
'HANYA UTK BERGEMBIRA'?
Adakah mereka ckup berfikir sblum melakukannya?
Menyimpang benar dan dusta semua itu.
Dari setiap sudut kulihat. Kehidupan ini byk matlamatnya.. Bkn utk bergembira semata-mata..
Benar.. Hidup hanya sekali.. Maka dari itu lakukanlah sehabis baik dlm hidup ini.
Bersyukur dgn apa adanya kita..selebihnya kita berserah pada TUHAN krn jgn kita lupa bahawa 
HIDUP JUGA UNTUK TUHAN...