SULTAN MIRZA

PERJALANAN MENCARI CINTA SEJATI

Followers

Friday, December 24, 2010

MISTERI WARNA MELALUI WAKTU SOLAT

Setiap peralihan waktu solat sbnrnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan diserap melalui perubahan warna alam secara semulajadi

WARNA BIRU MUDA
Sbgai contoh, pada waktu subuh alam berada dlm spektrum warna biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mmpunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yg kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini krn tenaga alam iaitu biru muda tidak dpt diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum( keserentakan ruang dan masa) - dlm erti kata lain jaga drpd tidur. Disini juga dpt kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya azan subuh, tenaga alam pd waktu itu berada pd tahap optimum. Tenaga inilah yg akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pd waktu rukuk dn sujud. Jd mereka yg terlewat subuhnya sbnr sudh mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.

WARNA HIJAU
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau ( isyraq & dhuha ) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan dgn sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yg berkaitan dgn keceriaan. Jd mereka yg slalu ketinggalan atau terlewat zohornya berulang-ulang kali dlm hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya

WARNA OREN
Kemudian warna alam akan berubah kpd warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Org yg kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi klu di waktu asar ini jasad dan roh seseorg ini terpisah ( tidur la tu...). Dan jgn lupa, tenaga pd waktu asar ni amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita

WARNA MERAH
Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh org2 tua agar tidak berada di luar rumah. Ini krn spektrum warna pd waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pd waktu ini amat bertenaga krn mereka resonan dgn alam. Mereka yg sedang dlm perjalanan jg selok-eloknya berhenti dahulu pd waktu ini krn byk interferens (pembelauan) berlaku pd waktu ini yg boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pd frekuensi otot, saraf dan tulang.

WARNA INDIGO
Apbila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dgn sistem kawalan otak Mereka yg kerap ketinggalan isyaknya akan slalu brada dlm kegelisahan. Alam skarang berada dlm kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dlm islam. Tidur pd waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dlm kerehatan. Selepas tengah mlm, alam mula bersinar kembali dgn waran putih, merah jambu dn seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dgn frekuensi kelenjar pineal,pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh spttnya bangkit kembali pd waktu ini dan islam waktu ini dipanggil qiamullail

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dgn warna alam. ..Manusia kini sememangnya tlah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermcm-mcm kaedah meditasi yg dicipta spt taichi, qi-gong dn sbgainya. Semuanya dicipta utk menyerap tenaga2 alam ke sistem tubuh. Kita sbg umat islam spttnya bersyukur krn telah dikurniakan syariat solat oleh ALLAH swt tanpa perlu kita memikirkan bgaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa ALLAH swt mewajibkan solat ke atas hambaNYA atas sifat pengasih dan penyayangNYA sbg pencipta krn DIA tahu hambaNYA ini amat2 memerlukannya.
Adalah malang sklai bg kumpulan manusia yg amat cuai dlm menjaga solatnya. Semua yg terdpat di alam ini adalh utk manfaat sgl makhluk-makhluknya